~ MHabibM22 ~ InGin Ku BeRbaGi WaLaU SedIkit Yg ku mLiLiki DaN Saling Nasihat(yaitu)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.{QS.103:3} MeNcaRi Ilmu,bErbaGi dan SalIng MeNasiHati ~

ShoutMix chat widget

Jumat, 15 Oktober 2010

Rahasia Khusyu' Dalam Sholat

      Tentunya kita sebagai orang muslim menginginkan dalam melaksanakan sholat dapat khusu'.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa seorang yang Sholatnya baik maka amal perbuatan lainnya juga baik pula, namun jika Sholatnya buruk maka Tiada guna amal kebaikan yang telah seorang perbuat., 
Lalu bagaimana kita dapat Sholat dengan Khusu' ,  Kali ini saya tulis kisah seorang yang ahli ibadah,
        Adalah bernama Isam bin Yusuf.  Ia begitu Khusu’ dalam sholatnya. Namun dia selalu khuatir kalau sholatnya kurang khusu’.
Ia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan sholat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu sholat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1.            Bertaubat
2.            Menyesali dosa yang dilakukan
3.            Tidak tergila-gilakan dunia
4.            Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5.            Tinggalkan sifat berbangga
6.            Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.            Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
                Seperti itulah kisahnya, semoga kita dapat mengambil pelajaran dari kisah ini.dan mari kita tingkatkan Amal Ibadah kita dengan sebaik-baiknya.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Powered by Blogger